He he ... ini satu lagi percutian Iyo dan keluarga tahun 2008 ini. Kali ini Daddy bawak ke Kuantan semasa cuti sekolah bulan Mei hari tu.
Hotel ini besar juga tempatnya. Orang pun ramai, maklumlah sekarang ni tengah cuti sekolah. Tempat dia selesa dan pantainya pun bersih dan cantik tanpa gangguan dari orang luar. Hotel ini pun sebenarnya tak jauh dari bandar Kuantan, kira-kira 10-12KM aje.
Bilik kami ada 2 balkoni.
Kat bawah ni pulak gambar-gambar masa Iyo pergi main dekat "Games Room" hotel. Selalunya Daddy bagi pergi selepas makan pagi dan tengah hari je. Malam Daddy tak bagi pergi.
Dan ini gambar masa Daddy bawak pergi makan seafood dekat Tanjung Lumpur dekat dengan bandar Kuantan.
Tempat dia simple je, tapi makanan dia sedap dan boleh dikira murah jika dibanding dengan KL. Itu ikut apa yang Daddy cakap la. Apa pun, puas la Iyo makan ketam.
Yang ini pulak masa Iyo pergi main air dekat kolam renang. Hotel ni ada 2 jenis kolam, 1 untuk orang dewasa dan satu untuk kanak-kanak. Tapi kolam dia semua besar, air dia pun nampak dijaga. Orang yang sewakan pelampung pun ada.
No comments:
Post a Comment