Monday, October 6, 2008

Aksi-aksi hebat abad ini ...

Assalamualaikum,

2 video dibawah ini Daddy dah ambil lama dah menunjukkan aksi kakak, Iyo dan Aizat.

Yang ini, Daddy ambil masa Iyo tengah main dengan Aizat, tahun lepas rasanya.


Yang ini pulak, Daddy ambil masa Kakak tengah losyen kaki dia. Pada siangnya tu, Kak Desi baru balik ke Indonesia. Dia datang ke rumah 2-3 hari sebelumnya.


Video ini kiranya menunjukkan Kakak semasa mood tengak baik sangat. Kalau tak ..... macam biasa la...

Ok, itu je untuk posting kali ni.

Bye-bye.

- IYO -

Sunday, October 5, 2008

Tok Bah Dengan Rania

Assalamualaikum,

Heh heh, video yang kat bawah ini Daddy rekod masa dia dekat rumah Tok Bah. Kebetulan masa itu, Rania tengah sibuk nak menyanyi lagu Aspalela dengan Tok Bah.

Jadi tengoklah rakaman dekat bawah ini.


Best tak Rania nyanyi .....

- IYO -

Saturday, October 4, 2008

Jalan-Jalan Malaysia - Aquaria Dengan Mak Teh

Assalamualaikum,

Cerita dan gambar-gambar dibawah ini ialah gambar-gambar yang diambil semasa Iyo pergi ke Pusat Aquaria KLCC dengan Mak Teh dan Uncle Iwan.

Gambar ikan apa ni ? Iyo pun tak tahu ...

Yang dekat belakang Mak Teh tu, sepupu Dugong rasanya...

Ikan apa la pulak aganya nie .....

Cute tak Iyo dengan Mak Teh

Alahai ... lebam kat mulut tu kacau betul la ...


Daddy kata ini Ikan Kerapu yang Makcik biasa masak tu ... ye ke ??

Mesraaaaaaaaaaaa ..............

OK, sorry la gambar Uncle Iwan tak ada dalam ni. Daddy kata dia tak dapat nak edit.

Bye.

- IYO -

Jalan-Jalan Malaysia - Swiss Garden Kuantan

Assalamualaikum,

He he ... ini satu lagi percutian Iyo dan keluarga tahun 2008 ini. Kali ini Daddy bawak ke Kuantan semasa cuti sekolah bulan Mei hari tu.
Ini masa malam pertama kat hotel
Aizat keletihan, dia banyak main air kolam petang tadi....
Aizat tidur dengan penuh gaya....

Hotel ini besar juga tempatnya. Orang pun ramai, maklumlah sekarang ni tengah cuti sekolah. Tempat dia selesa dan pantainya pun bersih dan cantik tanpa gangguan dari orang luar. Hotel ini pun sebenarnya tak jauh dari bandar Kuantan, kira-kira 10-12KM aje.

Ini gambar Iyo dengan makcik dekat luar bilik kami, dekat balkoni.
Bilik kami ada 2 balkoni.
Ini gambar sisi hotel ni...
Ini gambar Kakak baru bangun pagi

Kat bawah ni pulak gambar-gambar masa Iyo pergi main dekat "Games Room" hotel. Selalunya Daddy bagi pergi selepas makan pagi dan tengah hari je. Malam Daddy tak bagi pergi.

Aizat tengak syok main game .... dia masukkan syiling ke tidak ??
Daddy tolong Aizat main game "Motor Racing"
Ini Iyo tengah tunjukkan Makcik cara-cara nak racing ...

Dan ini gambar masa Daddy bawak pergi makan seafood dekat Tanjung Lumpur dekat dengan bandar Kuantan.
Tempat dia simple je, tapi makanan dia sedap dan boleh dikira murah jika dibanding dengan KL. Itu ikut apa yang Daddy cakap la. Apa pun, puas la Iyo makan ketam.

Mama posing kat meja....
Daddy dan Kakak bertenang semasa menunggu order sampai
Kakak sedang cari idea sotong yang baru ....

Yang ini pulak masa Iyo pergi main air dekat kolam renang. Hotel ni ada 2 jenis kolam, 1 untuk orang dewasa dan satu untuk kanak-kanak. Tapi kolam dia semua besar, air dia pun nampak dijaga. Orang yang sewakan pelampung pun ada.

Sessi berendam
Tapi Aizat takut masuk air, dia duduk dekat dengan Makcik je...
Kakak getting wet

Aizat duduk tepi kolam dengan pelampung yang Daddy sewakan...

Apa benda la pulak Daddy nie ? Sibuk sangat ke tu ??
Ini gambar "Operations Director" dengan "Assistant Director"
Aziat lapar dan dahaga selepas mandi laut... tapi yang mana dulu Aizat nak telan tu ..
"Operations Director" memberi arahan ....
Aizat posing depan laut..
Aksi-aksi main pasir..
Ini semua gambar dekat kawasan "Coffee House" hotel
Daddy tengah stress kira budget ??? Tak kot. Dia tengah test mobile broadband dia tu...

Seronokkan pergi bercuti. Iyo ingat nak ajak Daddy pergi lagi nanti. Tapi Daddy kata kalau nak pergi lagi kena simpan duit dulu. Ye lah, Iyo pun nak mula simpan duit lah.

Ok, bye-bye.

- IYO -

Jalan-Jalan Malaysia - Pantai Bagan Lalang 2008

Assalamualaikum,

Dalam tahun 2008 nie, Iyo dengan semua adik-adik dah 2 kali pergi ke Pantai Bagan Lalang. Daddy selalunya pergi pagi dan balik petang.

Selalunya banyak orang dekat pantai tu. Parking pun penuh selalunya tapi taklah teruk sangat macam kat Port Dickson.

Bawah nie ada beberapa gambar masa dekat sana:


Yg nie semua masa mula-mula sampai kat kawasan pantai tu.
Syoknyeeee
Kakak macam biasa, asyik nak buat orang stress je
Tengah main-main pun nak buat perangai sotong


Ini kira masa Kakak dah kembali "normal"

Peace ....

Aizat tengah main layang-layang

Perasan tak yang pantai dia best, tak berbatu-batu. Tapi tak boleh lawan la pantai kat Terengganu.

Daddy kata, maybe next year kita pergi Redang pulak. Tempat Daddy dengan Mama honeymoon.
Nak nak kena balik ke nie ??

Kakak senyum ?!? Maybe air laut tu menyejukkan jiwa sotong dia.

Makcik pun main layang-layang jugak


Giliran Iyo pulak main layang-layang betul-betul dekat tepi air laut


Ini yang paling best sekali. Naik kuda. Orang lain takut nak naik.
Iyo aje yang berani.

OK. Ini aje berkenaan dengan Pantai Bagan lalang buat kali ini.

- IYO -