Assalamualaikum,
2 video dibawah ini Daddy dah ambil lama dah menunjukkan aksi kakak, Iyo dan Aizat.
Yang ini, Daddy ambil masa Iyo tengah main dengan Aizat, tahun lepas rasanya.
Yang ini pulak, Daddy ambil masa Kakak tengah losyen kaki dia. Pada siangnya tu, Kak Desi baru balik ke Indonesia. Dia datang ke rumah 2-3 hari sebelumnya.
Video ini kiranya menunjukkan Kakak semasa mood tengak baik sangat. Kalau tak ..... macam biasa la...
Ok, itu je untuk posting kali ni.
Bye-bye.
- IYO -
Monday, October 6, 2008
Sunday, October 5, 2008
Tok Bah Dengan Rania
Assalamualaikum,
Heh heh, video yang kat bawah ini Daddy rekod masa dia dekat rumah Tok Bah. Kebetulan masa itu, Rania tengah sibuk nak menyanyi lagu Aspalela dengan Tok Bah.
Jadi tengoklah rakaman dekat bawah ini.
Best tak Rania nyanyi .....

Saturday, October 4, 2008
Jalan-Jalan Malaysia - Aquaria Dengan Mak Teh
Jalan-Jalan Malaysia - Swiss Garden Kuantan
Assalamualaikum,
He he ... ini satu lagi percutian Iyo dan keluarga tahun 2008 ini. Kali ini Daddy bawak ke Kuantan semasa cuti sekolah bulan Mei hari tu.
Hotel ini besar juga tempatnya. Orang pun ramai, maklumlah sekarang ni tengah cuti sekolah. Tempat dia selesa dan pantainya pun bersih dan cantik tanpa gangguan dari orang luar. Hotel ini pun sebenarnya tak jauh dari bandar Kuantan, kira-kira 10-12KM aje.
Ini gambar Iyo dengan makcik dekat luar bilik kami, dekat balkoni.
Bilik kami ada 2 balkoni.
Ini gambar sisi hotel ni...
Ini gambar Kakak baru bangun pagi
Dan ini gambar masa Daddy bawak pergi makan seafood dekat Tanjung Lumpur dekat dengan bandar Kuantan.
Tempat dia simple je, tapi makanan dia sedap dan boleh dikira murah jika dibanding dengan KL. Itu ikut apa yang Daddy cakap la. Apa pun, puas la Iyo makan ketam.
Kakak sedang cari idea sotong yang baru ....
He he ... ini satu lagi percutian Iyo dan keluarga tahun 2008 ini. Kali ini Daddy bawak ke Kuantan semasa cuti sekolah bulan Mei hari tu.
Hotel ini besar juga tempatnya. Orang pun ramai, maklumlah sekarang ni tengah cuti sekolah. Tempat dia selesa dan pantainya pun bersih dan cantik tanpa gangguan dari orang luar. Hotel ini pun sebenarnya tak jauh dari bandar Kuantan, kira-kira 10-12KM aje.
Bilik kami ada 2 balkoni.
Kat bawah ni pulak gambar-gambar masa Iyo pergi main dekat "Games Room" hotel. Selalunya Daddy bagi pergi selepas makan pagi dan tengah hari je. Malam Daddy tak bagi pergi.
Dan ini gambar masa Daddy bawak pergi makan seafood dekat Tanjung Lumpur dekat dengan bandar Kuantan.
Tempat dia simple je, tapi makanan dia sedap dan boleh dikira murah jika dibanding dengan KL. Itu ikut apa yang Daddy cakap la. Apa pun, puas la Iyo makan ketam.
Yang ini pulak masa Iyo pergi main air dekat kolam renang. Hotel ni ada 2 jenis kolam, 1 untuk orang dewasa dan satu untuk kanak-kanak. Tapi kolam dia semua besar, air dia pun nampak dijaga. Orang yang sewakan pelampung pun ada.
Jalan-Jalan Malaysia - Pantai Bagan Lalang 2008
Assalamualaikum,
Dalam tahun 2008 nie, Iyo dengan semua adik-adik dah 2 kali pergi ke Pantai Bagan Lalang. Daddy selalunya pergi pagi dan balik petang.
Selalunya banyak orang dekat pantai tu. Parking pun penuh selalunya tapi taklah teruk sangat macam kat Port Dickson.
Bawah nie ada beberapa gambar masa dekat sana:

Aizat tengah main layang-layang
Perasan tak yang pantai dia best, tak berbatu-batu. Tapi tak boleh lawan la pantai kat Terengganu.
Daddy kata, maybe next year kita pergi Redang pulak. Tempat Daddy dengan Mama honeymoon.

OK. Ini aje berkenaan dengan Pantai Bagan lalang buat kali ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)