Friday, October 3, 2008

Raya 2008 Dan Bunga Api Dan Mercun

He he he he ....

Syoknya main bunga api. Tapi mercun tak boleh main la. Daddy kata kalau main mercun, polis datang tangkap.

Tengok la gambar nie:
Ini video main bunga api:

Ok le. Itu je...



- IYO -

Thursday, October 2, 2008

Hari Raya 2008

Assalamualaikum,

Tahun ini Iyo beraya di KL sebab baby Adam masih kecil lagi.

Pada pagi raya, Daddy bawa Iyo pergi sembahyang hari raya di Surau Ar-Razi. Orang ramai sampai penuh surau. Lepas itu, Iyo dengan Daddy, Mama, Kakak, Aizat, Adam dan Makcik pergi rumah Atuk kat Kelana Jaya. Wan buat laksa dengan rendang dan kuih-kuih.

Ini gambar-gambar masa dekat rumah Atuk:
Gambar ramai-ramai dgn Atuk

Ini versi video dia ....


Ini pulak gambar masa pergi beraya dekat tempat kerja Daddy dekat plaza-plaza tol:
Aizat posing mengancam ...
Ini pun sama - dekat TP3 rasanya
Ini Daddy tengah borak dengan Uncle Penyelia
Aizat sedang melakukan "serangan" ... tapi Kakak buat ape agaknya tu ??
Ini masa mula sampai dekat plaza tol tu
Ini gambar kakak-kakak dekat Plaza TP1

Best jugak pergi plaza-plaza tol tu. Semua orang kenal Daddy nampaknya... tapi duit raya dapat satu je .. heh heh. Kuih raya banyak.

Happy Hours Bintun

Yang dekat bawah ni pulak masa hari kedua raya, kami semua pergi rumah Makcik Mah dengan Auntie Intan dekat Bandar Tasik Puteri. Dapat main-main dengan Adwa dan Alma....

Ini gambar sebelum bertolak dari rumah.

Ada rupa artis Bollywood tak ??
(Gambar Iyo takde sebab masa tu Iyo tgh stress)
Daddy kata ini bakal menantu dia ...... ?? Ini Adwa :))
Aha .... buat macam rumah sendiri pulak sekali dgn Rania...
Mak Teh "enter frame" la pulak..

Ini Adwa dengan Alma
Tapi Alma malu-malu la

OK, setakat ini dulu posting pasal raya.

Nanti Iyo update blog pasal peristiwa lain pulak.

Sekian.

- IYO -

Adik baru ...

Yeahhhh ... Iyo dah ada adik baru.

Nama dia Adam Danial, lahir kat Darul Ehsan Medical Centre pada 08 Sept 2008. Berat dia 3.4KG. So rekod pencapaian berat masih dipegang oleh Aizat :))

Mama kata tahun ni dia tak boleh puasa sebab .... "dalam pantang".

Bawah nie gambar Adam .... cute tak dia ??














Gambar nie Daddy ambik, 2 jam lepas Adam lahir

Yang nie gambar video Adam pulak ....


Video nie Daddy ambik masa malam pertama Adam lahir. Iyo takde masa tu. Daddy hantar balik tidur, esok baru datang tengok Adam lagi.

Dan ini video Adam masa dia dah balik rumah:



OK, nanti Iyo update lagi next time ....

- Iyo -